Blog

Aeropluss Epoxy Tandas

Lovina Homestay , Kangar Perlis
kawasan perumahan yg agak strategik berdekatan dengan bandar Kangar. Homestay yang selsesa dan luas serta mempunyai laman yg sangat luas 
Saya menerima panggilan dari Pemilik Homestay yang berhajat untuk mencantikkan lagi bilik air dan tandas dan untuk menambah nilai untuk keselesaan penginap di homestay beliau.
Lengkap dengan water heater dan kolah mandi tetapi oleh kerana corak rekaan tile dan kolah yang telah lama, pemilik segera menghubungi saya atas tujuan mengecat semula tile dan kolah mandi

Kerja dimulakan dengan mengecat bahagian tepi dengan menggunakan berus supaya hasil lebih kemas.

 

kerja berus mengambil masa satu jam untuk kedua-dua bilik air

Kolah lama sebelum dicat menggunakan cat Aeropluss Epoxy keluaran Easypaint

Hasil selepas cat. 

Cat lantai menggunakan warna Blue Watch dan untuk kolah menggunakan warna kelabu Castle Lake.
Untuk Waterpluss Epoxy pelanggan boleh memilih warna yg pelbagai dari katalog easypaint.
Untuk tempahan cat boleh hubungi saya di talian 
019-4557945
Boleh wasap atau call no di atas. saya Masli sedia membantu dan menjawab pertanyaan semua. 
Harap dengan post ini dapat membantu anda semua. 

Terima Kasih

Mural Sekolah Pulau Pinang

Kami telah diamanahkan oleh ustaz sekolah ini untuk menceriakan surau sekolah mereka. Kami amat berbesar hati kerana diberikan kepercayaan untuk menceriakan lagi Surau mereka.

Pertemuan kali pertama, kami berbincang bagaimana untuk draft mural yang bekesan untuk menarik minat anak-anak murid untuk suka kesurau. Banyak perkongsian yang diberikan. Alhamdulillah.. setelah hampir sejam berbincang, kami sepakat untuk meletakkan watak upin dan ipin. Pemilihan ini dibuat adalah kerana pada masa tersebut watak ini begitu popolar dan anak-anak suka akan watak tersebut.

perjalanan kerja bersama ustaz sekolah amat mudah sekali. Alhamdulillah sekali lagi dipermudahkan urusan kami apabila ustaz terima draft lukisan yang kami berikan.

Hari pertama kami mencuci dinding dengan menyapu sawang dan habuk-habuk yang melekat di dinding. kami menggunakan cat putih jenis Upaint sebagai undercoat. Ini adalah kerana permukaan dinding yang berkapur dikhuatiri tidak tahan lama. Jadi kami mengambil pendekatan untuk mengecat terlebih dahulu dengan cat putih.

Kerja-kerja melukis dan mewarna mural mengambil masa lebih kurang 3 hari saja.

Ini adalah kerja kami yang telah siap :

Kerja mengecat dinding dengan cat Jenis Upaint ( semi-gloss ) sebagai undercoat. Penggunaan cat ini amat membantu,kerana cat ini menjadikan dinding lebih gebu dan mudah untuk melukis di permukaan semi-gloss.

IMG-20150422-WA0031.jpg

 

 

IMG-20150418-WA0053.jpg

 

Cat upaint series menjadikan dinding lebih gebu dan cantik.

IMG-20150423-WA0020.jpg

 

 

IMG-20150423-WA0019.jpg

 

 

IMG-20150422-WA0030.jpg

 

 

Panduan Mengecat

14682196_667712816731201_1315941760308539636_o.jpg

Salam. Artikel kali ini adalah perkongsian panduan mengecat rumah. Harap pembaca dapat memanafaatkan perkongsian ini.

Mengecat bukanlah kerja yang mudah seperti yang disangkakan. Mengecat memerlukan teknik,masa dan juga pemerhatian .Mengecat juga seperti seni lukisan untuk mendapatkan hasil yang diingini.Jika lukisan memaparkan estetika,dinding juga memberi impak yang sama. Bagi mendapatkan hasil yang sempurna,terdapat langkah-langkah yang perlu dipatuhi sebelum memulakan kerja mengecat.

  • Bersihkan Permukaan Dindingang Ingin Dicat

Sebelum kerja mengecat dimulakan,kita mestilah menyediakan permukaan dinding yang bersih supaya sapuan cat dapat melekat ke permukaan dinding.

Untuk kawasan luar rumah, kebiasaanya akan ada masaalah seperti ruang atau dinding berkapur,berlumut atau ada sisa-sisa cat lama yang terkopek atau merekah.  Untuk membersihkan kawasan dinding luar rumah,kebiasaanya kami akan menggunakan teknik semburan air tekanan tinggi atau water Jet. Kaedah ini amat berkesan untuk membersihkan permukaan dinding yang berkapur,lumut dan sebagainya. Jikam permukaan masih elok,boleh menggunakan scrapper atau sudip khas . Ini bagi memastikan permukaan dinding yang ingin dicat bersih .

  • Pilih Peralatan Yang Sesuai dan Berkualiti

Selepas permukaan dinding dibersihkan,kerja mengecat sudah boleh dijalankan. Peralatan mengecat  yang berkualiti amat penting untuk mendapatkan kesan cat yang diingini. Kesalah penguna selalunya adalah terlalu berjimat dalam membeli alatan mengecat. Kami di Easypaint Mytukangcat amat menitikberatkan penggunaan peralatan yang berkualiti ,kerana memudahkan kerja mengecat selain menjimatkan masa. Terdapat banyak kedai hardware menjual pelbagai jenis Penggelek/Roller. Biasanya yang berkualiti bulunya lebih tebal. Ini amat penting kerana Roller yang berbulu tebal lebih banyak menyerap cat berbanding Roller yang murah.Berus cat juga mestilah menggunakan yang berbulu tebal dan lembut bagi memudahkan kerja dan menghasilkan garisan yang cantik.

 

paint-rollers.jpg

Memilih Cat Yang Sesuai dan Berkualiti.

Kami di Easypaint menawarkan cat yang berkualiti tinggi setanding jenama luar Negara dengan harga yang berpatutan. Tujuan kami adalah ingin membantu rakyat Malaysia untuk mencantikkan kediaman dan membantu kontraktor untuk mendapat margin keuntungan yang lebih. Ini kerana cat keluaran Easypaint tidak perlu menggunakan Undercoat. Boleh terus cat ke permukaan dinding yang bersih . Ini memudahkan pengguna dan juga dapat menjimatkan wang dan menjimatkan masa. Menggunakan teknologi dari Jerman yang terkini.Kami juga menyediakan pelbagai variasi warna dengan satu harga. Ini memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan warna yang diingini tanpa perlu berbelanja lebih.Cat kami berasaskan air tetapi dengan kualiti yang setanding jenama utama di Malaysia.  Pengguna pasti terpegun dengan kualiti dan warna yang kami tawarkan di Easypaint.

  • Waktu Mengecat

Kerja mengecat tidak boleh dilakukan sesuka hati. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik,beberapa pekara perlu diambil kira terutama jika kerja mengecat dilakukan di luar kawasan kediaman. Waktu yang paling sesuai untuk mengecat bahagian luar rumah adalah pada waktu pagi dan petang. Cuaca juga memainkan peranan yang penting sebelum kerja mengecat dilakukan. Kami menyarankan supaya pengguna menyemak cuaca pada hari kerja mengecat hendak dilakukan. Ini adalah kerana jika cuaca lembab atau hujan,cat yang disapu tidak dapat kering dengan sempurna. Kelembapan atau humidity juga antara punca cat lambat kering. Seeloknya kerja mengecat dilakukan ketika antara jam 9 pagi hingga 5 petang.

  • Tips : Langkah –langkah kerja mengecat
  • Syiling – Amalkan mengecat bahagian siling dahulu bagi mengelakkan cat menitis ke bahagian dinding yang telah disapu cat.
  • Dinding – Untuk memudahkan kerja mengecat,kami menyarankan supaya mengecat sempadan dahulu menggunakan hujung berus. Ini dapat menjadi penanda aras apabila mengegelek menggunakan penggelek cat. Sentiasa memulakan sapuan cat disekitar kawasan yang kurang cahaya matahari dahulu kerana apabila petang,kawasan tersebut akan menjadi gelap dan menyukarkan anda untuk mengecat.
  • Tingkap dan Pintu – Sebelum mula,lindungi bahagian yang tidak perlu dicat seperti engsel,tombol pintu,selak dan sebagainya.
  • Lantai – sempadan antara lantai dan dinding dicat setelah selesai semua kerja mengecat dilakukan. Pastikan sempadan bersih dari habuk kerana cat akan menjadi menggurutu jika terdapat habuk atau pasir dan akan mencacatkan dinding.
  • Memilih Warna Cat Untuk Rumah Anda

Pada saat anda menatap sebuah rumah, hal pertama yang menarik perhatian anda adalah warna ( color Scheme ) rumah tersebut,selepas itu barulah design dan struktur kediaman.  Pemilihan warna cat amat penting dan membawa pengaruh baik dah buruk kualiti sesebuah kediaman .

Penelitian membuktikan bahawa pemilihan warna rumah yang tepat mampu memberikan efek yang baik kepada penghuninya. Stimulasi yang menenangkan,tenteram,penyembuhan kesihatan fizikal dan mental. Dengan pemilihan warna yang tepat,ruang rumah yang ada didalamnya dapat diserasikan untuk menjadi tempat dengan aneka fungsi.

Pemilihan warna haruslah tepat supaya penghuni dapat menjiwai setiap ruang rumah yang diingini.  Warna hijau dan biru memberikan ketenangan alam . Sesuai untuk ruang kerja,bilik membaca. Warna cerah seperti kuning,oren dan merah memberi kesan aktif.  Sesuai untuk kawasan untuk bersama keluarga begerak aktif seperti ruang tamu,dapur. Warna unggu bersifat menenangkan. Baik untuk penyembuhan jiwa setelah penat bekerja seharian.

Warna-warna bumi ( earth tones ) seperti hijau daun,coklat tanah,merah bata,kelabu batu,ternyata lebih diminati untuk menciptakan suasana yang mendekati alam. Suasana alam yag tenang dan nyaman mampu menghilangkan stress.

Warna juga mampu menciptakan ruang yang sarat makna spiritual. Kekuatan unsur warna putih sebagai simbol kesucian dan ketenangan jiwa jika disertakan dengan warna hijau dapat meningkatkan terapi penyembuhan spiritual. Warna biru sebagai simbol air juga dapat memberikan efek suasana tenang.  Warna- warna ini biasanya digunakan di ruang yang menuntut untuk bermeditasi diri,seperti ruang solat,kamar tidor hingga ke bilik mandi peribadi.

  • Tip Mewarnai Rumah

Spesifikasi fungsi ruang mensyaratkan pemilihan warna yang selaras dengan jenis kegiatan utama dan pemakai ruang tersebut. Pemilihan warna berkisar pada warna primer merah, kuning, dan biru, warna sekunder oranye, hijau, dan ungu, serta warna tersier yang merupakan percampuran warna-warna primer dan sekunder.

Sebelum menentukan warna pilihan, pertimbangkanlah dahulu siapa yang akan menggunakan ruang tersebut, berapa usia rata-rata pengguna, dan bagaimana karakter umum masing- masing anggota keluarga. Sebagai contoh, kamar tidur utama orangtua, ruang kerja atau ruang tamu dapat memilih warna lembut dan dingin, sedangkan kamar tidur anak-anak, ruang bermain dan belajar, memanfaatkan warna terang yang cerah ceria. Untuk ruang keluarga, ruang makan, dan dapur merupakan perpaduan warna lembut dan hangat atau dapat pula memakai warna-warna bumi yang lebih nutral.

Efek sumber cahaya semulajadi mahupun buatan terhadap tampilan warna perlu dipertimbangkan. Sinar matahari (warna-warni) atau sinar lampu (putih/kuning) terhadap warna akan menghasilkan efek warna yang berbeza-beza, pada pagi, siang, petang atau malam hari. Warna yang dipilih pun akan mempengaruhi kesan besar kecil ruang dan tampak bangunan. Warna gelap akan membuat ruang terasa terbatas cenderung menyempit. Sebaliknya warna terang memberi kesan lebih luas.

Tadika NurShakinah

 

      





       Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini lebih kepada keceriaan dan menitikberatkan kepada lukisan mural. Projek ini memakan masa selama 5 hari. 


      Proses pertama yang dilakukan adalah perbincangan tentang tema. Buah fikiran daripada pihak pemilik amat membantu. Pemilik menginginkan tema pelangi sebagai main attraction di tadika beliau. Pemilihan warna juga kebanyakan dipilih oleh pemilik sendiri melalui perbincangan bersama pihak kami. Pemilik sangat menitik beratkan tentang pemilihan warna yang sesuai untuk setiap ruang didalam premis tadika


     Ini adalah lakaran yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Perbincangan dari pemilihan tema,warna dan juga watak kartun. Setelah proses lakaran dipersetujui,kami akan menandatangani surat perjanjian kerja dan kontrak kerja secara profesional.Ini bagi memastikan setiap perubahan semasa proses mengecat dipersetujui kedua-dua pihak.

      Kami menggunakan cat dari jenama Easypaint kelas Upaint dan juga Epaint. Pemilihan jenama cat dari Easypaint atas faktor ketahanan yang tinggi dan juga warna yang lebih cerah dan cantik. Easypaint juga mengeluarkan cat khas untuk lukisan Mural. Cat Mural dari easypaint lebih tahan dan anti fungus dan tidak perlu menggunakan undercoat dan lebih mudah digunakan. Cat ini juga berasaskan air dan selamat untuk persekitaran dan amat sesuai untuk tujuan Green Product & Safe Environment .

      Proses permulaan kami akan mencuci persekitaran tapak projek dan juga kami akan menggunakan teknik semburan air High Presure untuk mengeluarkan fungus,lumut dan kesan cat lama yang telah mengelupas. Proses ini amat penting supaya cat lebih tahan lama dan proses mengecat juga lebih mudah.

.

Warna cat yang lebih terang menggunakan produk dari Easypaint Mural

Untuk pagar kami menggunakan cat keluaran Easypaint kelas Epaint Gloss

Kami juga mengedarkan flyers di sekitar kedah untuk promosi hujung tahun. 

Sebarang pertanyaan atau ingin membeli cat keluaran Easypaint boleh terus hubungi saya di talian 

019-4557945

call/sms/whatsapp